2011/12/26

Kelahiran Permata Hati Pertama







Pada 13.11.2011 aku sangat bersyukur kepadaMu wahai Allah kerana mengurniakan kami zuriat yang pertama lengakap dengan secukupnya seperti mana firmanMu "Aku jadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian".(At-Tin:4) .

Bayi perempuan yang dikurniakan oleh Allah sangat comel dan sangat menyejukkan hati aku dan isteri tercinta.Dengan beratnya sebanyak 2.85 kg akhirnya selamat dikeluarkan dengan menggunakan vakum kerana isteriku sudah tidak mampu untuk meneruskan pernafasan kerana sangat letih.Berlaku kontraksi sejak jam 3.30 pagi dengan bukaan 3 cm..Doktor kemudiannya menjangkakan kelahiran akan berlaku dalam 8-10 jam iaitu kira-kira jam 11 atau 12 p.m..Bacaan doktor adalah 1cm adalam 1 jam untuk berlakunya kontraksi.Namun qada' dan qadar Allah menentukan jam 7.30 pagi telah buka sebanyak 10 cm..dari 7.30 pagi hingga 9.00 pagi isteriku bertarung dengan nyawa untuk melahirkan zuriat yang pertama.Akhirnya pakar perubatan membuat keputusan untuk vakum .Tepat jam 9.14 anakku selamat dilahirkan.Segala kesusahan yang dialami oleh isteriku ketika melahirkan anak disaksikan sendiri aku di sisinya..hatku hiba dan insaf dan sangat menghargai seorang ibu yang melahirkan anak..benarlah kata Allah tidak selayaknya kita ini menderhaka kepada ibu kerana mereka ini menempuh susah atas susah sejak mengandung,melahirkan dan membesarkan (Al-Isra':13)..Semua ini berlaku di Hospitan Sultan Ismail Johor Bahru.

Sebaik saja dilahirkan dan dimandikan oleh pihak pengurusan HSI,aku dibenarkan untuk melaungkan azan dan iqamah untuk anakku..menitis air mata tanda kegembiraan dan kesyukuran atas kurniaan Allah..maka aku sebagai bapa wajib memastikan amanah yang diberikan oleh-Nya menjadi manusia yang sentiasa taat segala perintah Allah dan rasul-Nya..

Pada 17.12.11 alhamdulillah kami selesai mengadakan kenduri aqiqah sebagai tanda kesyukuran atas kurniaan ilahi..anak kami diberi nama Fatimah Najma Bt. Mohd Taufiq..Nama indah yang disyorkan oleh isteri kami yang memberi makna yang baik untuk anak kami..InsyaAllah dewasa nanti antara khalifah Allah yang soleh serta wara' dengan akhlaknya...

Kini Fatimah Najma berusia 44 hari..anak kecil ini sudah bijak membalas senyuman bila dirangsang dengan senyuman..bayi kecil ini juga sudah pandai ketawa bila diusik..menjadi buah hati kepada atuk dan neneknya di Johor..Atuk dan nenek di Teluk Intan masih belum menatap wajahnya lagi...Di sinilah aku belajar menjadi seorang bapa yang mithali..hehe..belajar menukar lampin dengan slow emotion..hehe..mendukung bayi dengan terkial-kial takut jatuh sebab kecil sangat..belajar menidurkan Najma..memandikan bersama umminya..dan lain-lain semua itu berlaku dengan perlahan-lahan dengan penuh kesabaran..huhu..

* Sekian saja untuk hari ini Fatimah Najma telah bangun dari tidurnya.hehe*



2011/10/30

Syair Imam Syafie

Lagu إلبك ini adalah himpunan syair Imam al-Syafie di akhir kehidupan beliau, bacalah dengan penuh penghayatan


إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــي
kupersembahkan kepadaMu harapanku wahai Tuhan

وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا
sekalipun aku seorang yang berdosa wahai Zat yang Maha pemberi dan pemurah

ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي
tatkala sesak dadaku dan sempit perjalanan hidupku

جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا
kujadikan rayuanku sebagai jalan mengharap keampunanMu

فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل

hanya Engkau sahaja yang memiliki keampunan untuk dosa yang tidak akan terhapus ini.

تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرمــا
bila Engkau belas dan Engkau ampun; itu kebaikanMu dan kasih sayangMu.

ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي
bukankah Engkau yang memberi aku makan dan hidayah?

ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــا
dan memang selamanyalah Engkau yang memberi anugerah dan ni’mat itu kepadaku

عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـتــي
semoga sesiapa yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku

ويـسـتــر أوزاري ومــــا قــــد تـقــدمــا
dan menutup dosa2ku dan setiap perkara yang telah lalu

فــإن تـعـف عـنــي تـعــف عـــن مـتـمـرد
sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan

ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا
kezaliman, penganiayaan yang tak pernah terpisah dariku

و إن تنـتـقـم مــنــي فـلـســت بــآيــس
dan jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa

ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـمـا
sekalipun kesemuanya memasukkan diriku bersama salahku ke dalam neraka

فصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه
dia menjadi ramah ketika mengingat tuhannya

وفيما سواه في الورى كان أعجما
tetapi bila bersama yang lain di dunia ini dia membisu

يـقــول: حبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي
dia berkata: Kekasih, Engkaulah harapanku

كـفــى بـــك للـراجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـا
cukuplah hanya Engkau bagi orang2 yang berharap; harapan dan kekayaan.

أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى
kupelihara kasihku yang dicemari nafsu

وأحــفــظ عــهــد الــحـــب أن يـتـثـلـمـا
dan aku jaga janji kasih yang telah tercalar

فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى
di saat kujaga, aku rindu, dan di saat kulelap aku berharap

تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــمــا
yang sesalu mengiringi langkahku; bersemangat dan berirama,

فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث
maka dosaku adalah besar dari dulu dan kini

وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا
dan keampunanMu yang mendatangi hamba; meninggikan dan memuliakan (martabatnya).

2011/10/16

Percintaan Di Alam Remaja

Bercinta di alam remaja pada masa ini, sudah menjadi trend di kalangan remaja.Seolah-olahnya budaya atau trend ini menjadi sebahagian daripada adat atau tradisi masyarakat..Persoalannya apakah ia dibenarkan oleh syayak? Pastinya jawapan yang jujur ialah TIDAK untuk mereka yang menyayangi maruah diri, keluarga masyarakat dan agama.

Firman Allah swt.

"Janganlah kamu menghampiri zina kerana zina itu suatu perbuatan yang sangat buruk".

Kata-kata Allah yang dipetik daripada ayat Al-Qur'an ini pastinya sangat dekat kepada mereka yang sentiasa mendekati Majlis Ilmu agama dan tidak semestinya dekat kepada golongan yang rajin membaca Al-Qu'an kerana terdapat sebahagian besar manusia yang rajin membaca Al-Qur'an akan tetapi tidak memahami apa yang dibacanya kerana tidak menghadiri majlis ilmu yang disediakan oleh agamawan di surau-surau mahupun masjid.

Jika kita seorang yang sentiasa mengambil hal ehwal masalah umat di sekeliling sudah pasti kita merasa sedih,kecewa,hampa dan marah dengan sebahagian golongan remaja bercinta yang telah menodai maruah diri mereka sendiri.Malu sudah tertanggal di jiwanya.Kelakuannya mereka yang bercinta tidak ubah seperti anjing jantan yang akan mengawan bila nampak anjing betina.

Falsafah yang mengatakan bahawa manusia itu suka mengasihi dan dikasihi itu tidaklah menghalalkan perbuatan sesuatu.Dalam Islam, kasih- sayang antara seorang lelaki dan bukan mahramnya hanyalah boleh ditunjukkan atau dihalalkan melalui perkahwinan yang diredhai oleh Allah.

Suara-suara sumbang yang mengatakan seperti "biasala anak muda".."ala kita dulu mudqa-muda macam mereka juga".."lumrah kehidupan remaja suka bercinta nanti dah matang pandai la mereka berfikir'..semua ayat-ayat tersebut umpama bisikan-bisikan syaitan atau bisikan itu menunjukkkan bahawa manusia itu sudah pun jatuh dalam jerat iblis atau tanpa sengaja iman telah ditanggalkan daripada tubuhnya kerana menghalalkan sesuatu yang jelas haramnya..

2011/10/06

Berpisahnya Daripada Keluarga

Fitrah manusia ingin memiliki sebuah keluarga.Mempunyai ayah,ibu,abang,kakak,dan adik..Namun,berbeza bagi seorang pelajar bernama Malik (bukan nama sebenar),yang cuma dapat merasai kehidupan berkeluarga selama 3 tahun sahaja..Pelajar ini dikatakan membawa "sial" .Sebaik saja Malik dilahirkan di bumi ini ,ibu bapanya ditimpa kemalangan.Bapanya cedera parah,patah tulang sementara ibunya pula cedera ringan..setelah itu, Malik telah dijaga dan dipelihara oleh datuk dan neneknya..Selama 6 tahun di bawah jagaan datuk dan neneknya,takdir Ilahi menentukan neneknya kembali ke rahmatullah..Tidak lama kemudian datuknya pula kembali ke rahmatullah pada usia Malik berumur 11 tahun..Selepas datuk dan neneknya kembali ke rahmatullah Malik diambil semula oleh ibu dan ayah kandungnya semula..

Nasib Malik sangat kasihan,di bawah peliharaan ibu dan ayahnya Malik sering didera sama ada dari segi fizikal dan emosinya..Atas setiap kesalahan yang kecil Malik sering dipukul sepuas-puasnya oleh ibu dan ayahnya menggunakan besi atau kayu sebagai pemukul..Segala kerja membasuh pakaian,mencuci tandas,mencuci rumah serta memasak semuanya dilakukan oleh Malik.Abang,kakak dan adiknya bagaikan raja di rumah berkenaan..malik sering menangis dan merintih keseorangan..pernah 3 kali Malik melarikan diri dari rumah kerana sudah tdak tahan dengan bebanan yang ditimpanya..Namun akhirnya abangnya memujuk Malik untuk kembali ke rumah..Selepas kembali ke rumah kejadian yang serupa masih menimpa ke atas Malik..Kini,Malik tekad untuk tidak pulang ke rumah..Hampir 3 minggu Malik berkeliaran di kawasan perumahan untuk tidur dan menagih simpati jiran-jiran untuk memberikannya makanan..

Selepas 3 minggu tidak ke sekolah, pihak sekolah telah menelefon kedua ibu bapa Malik untuk bertanya tentang Malik Jawapan yang diberikan oleh ibu Malik agak mengecewakan dan memberi keraguan terhadap pihak sekolah .lalu pihak sekolah mencari sendiri Malik untuk mengetahui perkara sebenar..Selepas diberikan kaunseling kepada Malik akhirnya pihak sekolah mengetahui perkara sebenar..lalu dibawa berjumpa ayah ibu,pengetua dan pegawai dari Jabatan kebajikan Masyarakat..kes malik dibawa ke Mahkamah dan Hakim memutuskan Malik diletakkan di bawah jagaan Pusat Jagaan Kanak-kanak kelolaan jabatan Kebajikan Masyarakat..      

Kini hubungan Malik hanyalah dengan Guru kaunselingnya..selalu berutus surat dan saling bertanya khabar..setiap hari Malik akan dicatatkan di dalam buku Diari..  

2011/10/05

Ke Mana Arah Kaunseling Itu?

Perkembangan ilmu berkaitan dengan kaunseling kini semakin menjadi penting kepada masyarakat.Boleh dikatakan hampir semua agensi kerajaan dan bukan kerajaan mempunyai Unit yang menjalankan tugas-tugas sebagai kaunselor untuk memantapkan sumber manusia bagi setiap jabatan masing-masing.Persoalan yang menjadi tanda tanya kepada masyarakat ialah ke mana arahnya kaunseling terhadap manusia?

Pada pendapat saya,sudah tentunya kaunseling itu adalah suatu proses yang mana kaunselor dan individu itu  saling bekerjasama untuk mengenalpasti kelemahan dan kekuatan yang dimiliki oleh klien untuk klien seterusnya mengetahui matlamat identiti swadirinya.Pada pandangan di sudut Islammya pula ialah klien(individu) itu mengenal akan elemen-eleman kejadian manusia iaitu kewujudan ruh,akal,nafsu dan Qalbu (Hati)..Semua elemen tersebut pula mestilah dimasukkan atau dibersihkan dengan ilmu pengetahuan yang baik.Pengetahuan yang baik pula mesti berteraskan llmu wahyu yang terdapat di dalam Al-Qur'an dan As-Sunnah Rasulullah saw..

Para pembaca pasti tertanya-tanya,apakah terdapat ilmu pengetahuan yang baik tetapi tidak berteraskan wahyu? pastinya ada dan sangat banyak manusia yang tenggelam dengan ilmu yang tidak berteraskan wahyu.Umpamanya seperti Teori Sains Darwin yang mengatakan manusia datang dari monyet..Begitu juga dengan Teori Sejarah yang mengatakan manusia pra sejarah itu kehidupannya adalah di Gua-Gua batu dan di tepi-tepi sungai..Kedua-kedua teori tersebut sama sekali bertentangan dengan ilmu yang kita dapati daripada Al-Qur'an..Teori berkenaan hanya bersifat akal manusia semata-mata yang penuh dengan banyak kelemahan dan kelupaan serta banyak berimaginasi dan sangkaan-sangkaan yang tidak tepat.

Justeru itu menjadi tugas kaunselor mempunyai ilmu agama yang sebaiknya untuk membawa klien ke arah matlamat sebenar kehidupan manusia yang mana perlu hidup di dunia untuk kekal berada di syurga di akhirat kelak.Konsep dosa dan pahala perlu diterapkan terhadap klien,konsep mengingati mati boleh melembutkan jiwa insan,konsep syurga neraka boleh memberi rangsangan terhadap klien.

Konsep dan tanggungjawab khalifah juga perlu diberikan penekanan supaya manusia itu merasakan bahawa pentingya individu itu di dunia ini untuk memakmurkan kehidupan dunia ini di tempat masing-masing.Bila mana manusia itu mengenal akan hakikat kehidupan manusia yang sebenar pasti manusia itu akan berada di jalan yang lurus serta sentiasa dalam kebenaran....InsyaAllah...      
        


2011/09/05

Indahnya Berkeluarga

Dengan Nama Yang Maha Ku Kasihi Dan Maha Penyayang Terhadap Makhluk.

Kini hampir 8 bulan aku menikahi seorang muslimat yang hidupnya hanya semata-mata bergantung kepada Allah.Jiwa dan raganya dipenuhi dengan kalimah ayat suci Al-Qur'an Seorang muslimat yang mendapat pendidikan dari SMK Agama Kuala Lumpur(SMAKL) kemudiannya menyambung pengajian ke Darul Qur'an (JAKIM) mengambil Diploma Tahfiz selama 3 tahun.Selepas itu menyambung pengajian ke UIAM dalam bidang Al-Qur'an dan As-Sunnah selama 4 tahun.

Syukur ke atas hadrat-Mu Allah dikurniakan isteri penyejuk mata penawar di hati dan suri dihati..Kelembutan dan kekentalan yang dimilikinya adalah sangat disenangi olehku sebagai seorang suami..istikarah yang dilakukan suatu ketika waktu dahulu menjadi semakin kukuh keyakinannya pada hari ini.

Kini aku bersama zaujahku menanti kelahiran cahaya mata yang pertama buat kami.Didikan awal yang diberikan dalam kandungan telah dilakukan moga suatu hari nanti anak kami ini akal menjadi seorang ulama' mahupun mujahid yang bakal meyelurusi perjalanan memberikan cahaya kebenaran kepada manusia yang mengalami kegelapan.

Adapun hidup berkeluarga (Baitul Muslim) ini penuh dengan ragam kehidupan.memerlukan kesabaran,persefahaman,toleransi,lemah-lembut serta keadilan agar bahtera kehidupan rumahtangga sentiasa stabil dan lancar.Anyway semuanya itu tidak dapat dilaksanakan melainkan apabila sesuatu konflik itu berlaku,kami berbincang dengan kasih sayang dan kemudiannya merujuk kepada Al-Qur'an dan As-Sunnah sertakitab-kitab yang ditulis oleh para ulama terdahulu seperti Kitab Tarbiyyah Aulad karangan Syeikh Abdullah Nasih Ulwan.

Buat sahabat-sahabat,teman-teman,adik-adik yang bakal melangsungkan perkahwinan,buatlah keputusan dengan sebaik-baiknya , berharaplah kepada Allah (Istikharah).Hindarilah sangkaan buruk terhadap yang lain,kuatkan amalan zikrullah.Bagi mereka yang sedang bertunang,maka peliharalah adab sebaik-baiknya..keindahan cinta di luar perkahwinan tidak ada komtmen yang hakiki,percintaan selepas perkahwinan adalah hakiki.


Adapun makna akad nikah yang dilafazkan ialah :


"Aku terima nikahnya dgn si dia binti si ayah dia dgn mas kahwinnya RM..”

sebenarnya.........

"Aku tanggung dosa2 si dia dr ibu bapanya, apa saja dosa yg dia buat, dr dedah aurat hingga ke tinggalnya solat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung, dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak aku. Kalau tak didik, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka dan malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badan aku.."







                                                                                     bersambung.......................


2011/04/24

Pengkajian Yang Dicari

Alhamdulillah..

Hidup dalam dalam keredhaan Allah sangat menenangkan jiwa.Dikurniakan isteri solehah dan bakal menimang cahaya mata menjadi penyejuk di hati.Semua kurniaan itu merupakan amanah Allah..Jika ditarbiyyah mengikut syariat Allah semuanya akan menjadi indah dan mudah belaka...

Hari ini aku dihubungi oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk bersama-sama membuat kajian mengenai sistem pendidikan dan tingkahlaku para pelajar di Malaysia.Tawaran berkenaan benar-benar menakjubkan dan diri ini rasa rendah diri kerana aku bukanlah punyai ilmu yang luas dalam bidang pengkajian.Namun, Insyaallah aku akan digandingkan dengan beberapa orang pakar dari IPRD untuk menjalankan kajian.Tawaran ini seharusnya tidak aku menolak untuk aku menambahkan knowledge dan juga diharap akan memberi manfaat kepada mereka yang berkenaan untuk kajian.
  
Menjadi manusia yang sentiasa istiqamah dengan jalan-jalan Allah tidaklah semudah seperti mana kita menulis dalam blog atau mana-mana buku,jurnal mahupun majalah.Ianya seperti berjalan di atas duri tanpa kita memakai septu mahupun alas kaki.sangat sakit dan darah keluar sedikit demi sedikit serta kulit rasa pedih..dan rasa nak menangis..bertuahlah mereka yang berjalan di jalan Allah dengan jalan yang mudah yang mana cerita yang indah-indah belaka yang diceritakan kepada manusia.Ia boleh jadi benar kepada mereka yang beriman dan bertaqwa dan ia juga boleh jadi khayalan semata-mata bagi manusia biasa seperti kita. 

bersambung....

Firman Allah swt

"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang sabar. (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata "innalillahi wa inna ilaihi raji'un" (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali)."
(Al-Baqarah: 155-156).